Thursday, March 25, 2010

kewujudan orang ketiga

topik pagi di hot fm."kewujudan orang ketiga".hangat.kesemua pemanggil mengaku mereka adalah orang ketiga didalam perhubungan.deng!.tiada seorang pun daripada pemanggil merupakan seorang lelaki.memanglah takda sebab mereka yang mentigakan perhubungan.huh!.salah siapakah? perempuan yang tergedik-gedik melayan lelaki tanpa mengetahui latar belakang lelaki tersebut sepenuhnya? atau perempuan yang diyakinkan oleh lelaki bahawa mereka adalah bujang dan mengaku tidak pernah jatuh sayang sebegini sekali sebelum bertemu si perempuan? atau lelaki sudah bosan dengan isteri yang pernah dicintakan suatu ketika dahulu? atau si isteri tidak pandai melayan dan menghias diri untuk sang suami?aduh!.


sampai di opis kaki mula terasa lenguh yang teramat sangat.kaki penat sebelah.boleh tahan jugak memandu kereta automatik ni.tak best langsung.hanya kaki kanan yang berkerja.kaki kiri duduk bergoyangan.mau nanti kaki kanan sahaja yang kuat dan tegap.kalau jalan sibuk tahap semut merah beratur memunggah gula putih,kereta automatik memang berguna.tak guna mengomel.terima kasih banyak dekat kakak sebab sudi kasi pinjam kereta dia sementara kereta takda bateri ni.nak tunggu sampai gaji baru boleh tukar bateri.deng!


sesaat melintasi jalan raya yang agak sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan,"Honn!Honn!Honnnnnnnnn!!!" "Kletuk!Kletak!!Golek!Golek!!".apa tu?.seorang penunggang motorsikal berkuasa agak besar bergolek-golek dua tiga kali.kereta honda jazz di sebelahnya membrek.bas metro meneruskan perjalanan tanpa belas kasihan.hakikatnya memang motorsikal yang salah.tapi apa salahnya bas metro berhenti seketika.kita kan rakyat malaysia.aduh!.nasib motorsikal sangat baik sebab kaki sahaja yang mungkin terluka.pemandu berjalan terjengkat-jengkat membawa motorsikalnya ke kiri jalan.terkejut dengan keaadaan yang baru dilihat di depan mata.


bersama rakan sepejabat dan beberapa orang tax payer memasuki lif.dua saat kemudian, "Dubh!!!".kami berada di tingkat kosong.kosong???????.apakah ini bermakna lif yang kami naiki itu terjatuh ke tingkat paling bawah??.dari tingkat 4 ke bawah?.oh god!.hati kambali berdegup kencang tetapi masih mampu tersenyum mengenangkan seperti menaiki solero di Genting Highlands.5 minit kemudian lif kembali normal.tingkat 2.tingkat 4.tingkat 7.lif berhenti lagi sekali.hati berdebar diselubungi perasaan takut sekiranya lif terjatuh lagi.tingkat 4 pun dah terasa lain macam.apatah lagi tingkat 7.huh!.lif kembali bergerak ke atas.tingkat 12.nekad untuk keluar dari lif yang mendebarkan lagi menyeramkan tu.takpa la naik tangga ke tingkat 14 je pun.kaki sakit tidak dihiraukan janji tak jatuh dalam lif lagi.terkejut lagi.hari-hari terkejut macam ni memang lama-lama jadi penakut la aku ni.


terbaca satu artikel "@#%$^*&%" lalu tersentap noks!

Wednesday, March 24, 2010

tik..tik..tik..tik..tik..

lambat betul hari ni nak berlalu dari satu minit ke satu minit.penat.sejuk.mengantuk.lapar.sakit perut.perasaan yang berbagai-bagai ni buat aku rasa macam nak demam panas.check email dah buat.facebook pun dah sampai menyampah nak main.buat assignment pun dah sampai mengantuk.dengan kawan-kawan opis pun dah kehabisan topik nak dibincangkan.tapi jam tak sampai lagi ke pukul 5.30 petang.$%^*778%@&*!!!

sungguh aku bosan berada di opis ketika ini.kerja berlambak-lambak tapi takda mood nak siapkan.nak tunggu esok nak hantar baru terkial-kial nak siapkan.haha.tu lumrah manusia yang bergelar pekerja berhemah dan berdisiplin.masa tulis blog ni pun jeling-jeling jam baru menunjukkan 4.55 petang.tadi rasanya mula menaip di perenggan pertama pukul 4.50 petang.deng!.takkan laju bebenor aku menaip.dulu aku masuk pertandingan "siapa paling pantas" dapat nombor paling corot.musykil.bosan.

nak pergi menonton wayang pun terasa malas.takda mood.terasa semua cerita yang best pun jadi tak best lansung.dulu beria nak tengok tapi bila orang ajak tengok tanak pulak.dulu beria sangat nak tengok sampai pergi wayang pon cerita tu tak release lagi.kawan marah sebab ajak dia tengok cerita yang tak keluarlagi.sekarang ni?.apa yang tak kena ni?.haih!.


sungguh-sungguh terasa bosan!.

Monday, March 22, 2010

jumaat yang indah

“..sedapnya hati tidak jemu,
tak sabar bermanja haaaaa...
hanya sehari tak bertemu,
macam selamanyaaaaaaaa…..rindukan tawamu..”


TAPPP!!!
HUARRRRggghhhhhh!!!!
Pukul 7 pagi..haih bila nak hari jumaat ni? badan dah cukup muak untuk ke pejabat minggu ni..Eh arini memang dah jumaat la.yeah! esok cuti!!
Tapi…..alamak ada kerja penting nak kena hantar arini..
Bangun cepat-cepat..
Ambik tuala cepat-cepat..
Bukak pintu laju-laju..
Jalan ke tandas pun harus juga laju-laju..
MAKKKKKKKKkkkk!!!!
Sejuknya air ni..
Kalaulah boleh ke pejabat tanpa perlu mandi..
Mesti aku boleh jimatkan penggunaan sabun,bil air dan tenaga aku..hehehe
Nasib baik ada baju yang tak perlu digosok..
Senang kerja aku tak perlu susah-susah nak menggosok baju..lagipun boleh mengurangkan penggunaan bil elektrik =P
Belek-belek muka di cermin buat seketika..
Ahah!Cun dah ni.. =P
Agak-agak kalau ada jejaka handsome tengok ni berkenan terus ajak nikah kot..hehehe


Anak ayam anak angsa,
Anak itik tok wi yang punya,
Hahahahaaaa,
Angkat bakul kendong sendiri la jawabnya…



Enjin kereta dah cukup panas kot ni untuk memulakan perjalanan seawal 7.45 pagi..
Dengar farah fauzana dengan faizal ismail membebel pagi-pagi ni pun bagus jugak..
Perjalanan didapati lancar selama 10 minit berada di atas jalan raya yang tiada cacat celanya..
15 minit berlalu…
17 minit berlalu lagi dengan tenangnya..
Minit ke 19 perjalanan terganggu sedikit demi sedikit..
Apa yang berbunyi dalam bonet depan ni..
Kruk krikk krakk kecoh!!
Haish!
Takkan kucing tersangkut kat dalam enjin kot..
Tak mungkin! Tak mungkin!!
Tapi apa yang semakin rancak berbunyi tu?..
Kalau syiling emas yang tiba-tiba bergolek sekarang jugak aku berhenti…hehehe
Minit ke 23..
Cik Lisa semakin tersedu-sedu..
Membuatkan hati si pemerhati turut terasa lelahnya..
Ke tepi..
Dan ketepi lagi..
Dengan harapan sempat tiba di bahu jalan dengan tidak menimbulkan kesesakkan..
Tapi malangnya….
Gek! gek! gekk! gekkkkk!
Akhirnya…..
Minit ke 25..
Cik Lisa pengsan di tengah lorong perlahan..


PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!
PONNN!! PONNNN!!! POnnNNNNNNNNN!!!


Ohhhhh!!!!!
Bengang! Tensi!
Terasa ingin keluar mempertahankan cik Lisa yang lemah tidak bermaya dan menjerit kepada semua yang sudi membunyikan hon mahal mereka..


“woiiiiii..kalau rasa nak cepat sangat lekaslah tolong la cik Lisa yang sedang sakit ni..kalau setakat sikit-sikit nak hon,aku pon ada hon la”


Nasib baiklah aku ni sangat penyabar orangnya..
Takpa2 dugaan..
Nampak gayanya arini tidak perlu ke pejabat..=D
Nasib baik kakak ada boleh datang tolong..
Sedang asyik memerhati dan menunggu kedatangan kakak bersama boyfriend tersayangnya..
Tiba-tiba terasa ada sesuatu yang sedang memerhatikan punggung cik Lisa..
Toleh-toleh kebelakang rupa-rupanya gajah besar berwarna biru berdiri gagah di belakang cik Lisa..
Seorang jejaka mungkin walaupun tak sekacak mana turun dari badan si gajah biru.. =P


“kenapa ni dik? Tak boleh start eh?”

…wah adik! Nampak sangat wajahku tak makan di usia…yawwww =D

“aah.tak boleh start”

“adik cuba keluar dulu.meh abang tolong tengokkan kejap apa yang tak kena”

…cettt! Abang???..hameklah abang pon abang la..janji tolong aku kan..

“adik tau tak kat mana alarm kereta ni?..”

“tak tau la pulak saya..tapi kenapa eh?..”

“masalah kecik je ni..alternater problem je..”

..huhhh..secekap hidung aku ni mengatakan ada masalah dengan temperature..tapi kenapa dia ni kata alternater problem..bedal la abang labu

“oo yeke..abis tu nak buat camna eh”

“macamni,kita tolak la..gerenti boleh jalan”

..gulp!..dia ajak main tolak-tolak pulak dah… =P

“sapa yang nak tolak?..”

..hahahahaha..apa punya soalan bodoh aku tanya kat abang tu ni..aduhhhh =P

“adik la kawal stereng,clutch dengan minyak,abang tolong tolak. Gerenti boleh jalan lepas tu.Pandai tak main clutch?..”

..cehhh..tiba-tiba rasa nak marah pulak dengan soalan abang ni..tapi mengenangkan dia dah susah-payah berhenti tolong..terus tak jadi nak marah..haihhh!

“oke”

Selepas 15 minit..

“Terima kasih ye sebab sudi tolong saya..”

“sama-sama..ni nak hantar ke bengkel tak?”

“aah..tapi saya tunggu kawan datang dulu la baru pergi ke bengkel..”

“takpa,saya temankan sampai kawan awak datang.lagipun bahaya awak sorang..”

..tutttt!..ahahahahh..orang berbudi kita berbahasa..tak gitu

“takpa,terima kasih”


5 minit..
10 minit..
Haaih..!!
kenapa lambat sangat kakak ni..
bukit jalil dengan plaza phoenix takla jauh mana pun..
aku dah semakin rimas dan mula terasa melekit di kaki..
dah berjenis-jenis soalan abang ni ajukan kat aku..
dan dah terasa penat aku nak menjawab soalan abang ni..
nak pegi mana ni?
Kerja kat mana?
Tinggal kat mana?
Kerja apa ya kat sana tu?
Kenapa kerja jauh sangat?
Tau tak bengkel dekat-dekat sini?
Bla..bla..bla..bla…dan bla bla lagi…


“dah sampai pun”

“itu ke kawan awak? Kalau macam tu saya balik dulu ya..”

“oke.terima kasih ya sudi tolong saya.terima kasih banyak-banyak..”


Kakak datang bersama air untuk diberikan kepada cik Lisa..
Tapi kenapa cik Lisa memuntahkannya kembali?..
Musykil!
Oh no! uratnya terputus!
Tangannya patah!
Call doctor secepat yang mungkin..
30 minit berada di bahu jalan terasa seperti berhenti di hentian rehat dan rawat sungai buloh..
Angin sepoi-sepoi bahasa..
Burung berkicauan dilangit yang cantik kebiru-biruan..
Berdecit-decit berlagu merdu..
Sedang asyik mengira ekor burung yang riang berterbangan..
Doktor pun tiba dengan briefcasenya..
Kami dengan tenang melihat cik Lisa dirawat..


“cuba start dik”

..kalau saya tanak cuba?..boleh tak?..hehehe…

“yeayay! Dah oke!!..muah muahhhh muahhhhh..sayang dia!! Jangan sakit-sakit lagi tau”..


Jam menunjukkan tepat pukul 1.33 petang menandakan perut comelku harus dibelai dengan sepinggan nasi mungkin..
Kami berlalu mencari tempat beristirehat yang lebih selesa dan mengenyangkan..
Nasi putih berlaukkan ikan kalang bakar,ditambah sayur kangkung goreng belacan..
Nahhhhh!!!
Sudah cukup membuatkan perut comelku tersenyum lebar..
Erkkkh..Alhamdulillah!!
Yeay!
Boleh balik tidur.. =P


*bila dikenang-kenang balik dah banyak pengalaman mendebarkan sepanjang bersama cik Lisa..suka duka diharungi bersama..tidak sanggup berpisah setelah apa yang telah dilalui..namunnnnnnnnnn esok kita jalan lagi tau!...