Tuesday, April 20, 2010

lelaki hensem vs lelaki tak hensem.....

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: poyos! bajet hensem konon...

Tuesday, April 6, 2010

perasaan bila ditinggalkan

2 minggu yang lepas S.E.B.A.K
seminggu lepas tu S.E.D.I.H
seminggu lepas minggu tu K.E.C.E.W.A
seminggu kemudiannya R.I.N.D.U
keesokkan harinya B.E.R.B.U.N.G.A
sehari selepas S.E.D.U.S.E.D.A.N
3 hari selepas itu kembali P.I.L.U
minggu hadapan dengan harapan jadi K.E.N.T.A.L

tak suka pun takpa

ada orang suka dan ada juga orang yang tidak suka dengan kita.kalau ada yang suka pada kita,kita tak tau apa sebab orang tu suka pada kita.begitu juga dengan yang tidak pernah suka pada kita.kadang2 kita buat baik dengan orang tapi tetap orang tak suka kat kita.apatah lagi kalau kita buat jahat dengan orang memang padanlah kalau orang tak suka pun.kadang2 kita dah rasa yang kita ni dah berkelakuan habis baik,sopan dan santun tetapi kita tak sedar kalau perlakuan kita tu menyentuh hati dan perasaan orang di sekeliling.mungkin kita boleh anggap perlakuan tak sengaja itu sebagai tabiat sejak dari kecil,susah sungguh nak buang.atau mungkin juga kita boleh menganggap hati orang tu kaca sangat sampaikan perkara yang tak disengajakan pun nak kecil hati.nama pun tak sengajakan.boleh jadi juga kalau jadikan alas an tak sengaja tu memang disengajakan sebab kononnya dengan niat bergurau.kadang2 niat hanya untuk bergurau tetapi disalahertikan dengan mempersendakan perasaan orang.ada yang tidak kisah orang lain nak kata apa.perlakuan itu bagus tetapi kesabaran orang ada hadnya.kadang2 orang tidak suka pada kita hanyalah dengan membuat satu kesilapan iaitu salah faham.kerana mereka salah paham selamanya mereka akan berprasangka buruk dan berdendam.sungguh tidak patut.ketika itu sebarang penjelasan tidak mudah diterima kerana hati telah kecewa;~

~ di rumah diantara sesame ahli keluarga,

Mak kejut suruh bangun sebab matahari dah tegak atas kepala anak2 kata mak ni suka membebel.mak minta tolong jemurkan kain tapi anak2 kata kena dera.itu belum mak suruh cuci tandas mungkin anak2 akan kata mak ni macam mak tiri la.kalau mak mintak pergi ke kedai beli kelapa parut nak buat masak lemak ayam anak2 kata ingat kami ni kuli ke.kalau mak suruh tido cepat sebab esok nak bangun awal g sekolah anak2 kata mak ni tak sporting la.mak sikit pun tak berniat nak dera apatah lagi menjadikan anak2 kuli mereka.tetapi anak2 tetap akan salah paham dan wujudlah perasaan marah,tidak suka dan benci walaupun mereka tahu itu ibu.

~disekolah dengan kawan2 dan cikgu2,

Kawan2 ejek panggil dengan nama yang kurang cantik.fumakilla!fumakilla!ngingggggg nginggggggggg!!!! Kita akan kata kawan kita jahat dan mula membalas.”macam lah nama dia bes sangat Rongak! Dahlah gemok gedempol macam badak sumbu!”.kalau kawan tanak pinjamkan pengasah mesti kita kata orang tu kedekut taik hidung masin.padahla kawan tu takut lepas pinjam tak pulang balik ja.terus kita jadi anti dengan budak tu.kalau cikgu kata siapa tak hafal sifir saya nak denda berdiri kat luar kelas.kita kata cikgu memang kejam takda hati perut sikit2 nak denda.waktu rehat rancang dengan kawan macamana nak kenakan cikgu balik.nah habis waktu sekolah kecoh satu sekolah kereta proton iswara cikgu *** kena conteng dengan kapur kasut.padahal niat cikgu tu bukanlah nak memalukan murid2.nama pun guru dan semestinya tugas mereka mengajar.

~dikolej dengan rakan2,lecturer dan tidak ketinggalan juga pakcik guard,

Adat bila semua dah besar panjang dan boleh membezakan baik buruk sesuatu.bila buat assignment secara berkumpulan mesti akan timbul persengketaan.puncanya? irihati.dengki.mudah tidak senang dengan sifat semulajadi kawan.tanak buat tugasan.semuanya sebab yang remeh.kawan tak hantar bahagian yang dia kena siapkan tetapi rakan yg lain kata “ah dasar pemalas.kua deting ari2 bole”.memang kadang2 situasi ni benar dan ada juga disebaliknya.si A punyalah bertanya bila nak buat assignment,ajak buat bersama sebab lebih afdal katanya.tapi si B asyik kata nanti2 la,lambat lagi nak kena hantar.keesokkan harinya si B datang sambil marah2.”Ko ni kalau setakat nak jadi sleeping partner baik xpayah”.semuanya sebab??????? Lu pikirlah sendiri.kalau lecturer tanak kasi markah lebih sikit student kata kedekutlah puan ni tak boleh buat geng lansung.bila lecturer tanak terima assignment student kata “kereklah puan ni.kalau student kesayangan dia lambat seminggu hantar pon takpa”.itu semua lumrah.kalau pakcik guard cek student pass setiap kali masuk kawasan kolej student kata “ingat ni zaman sekolah ke nak main cek2”.padahal pakcik tu menjalankan tanggungjawab dia ja.nama pun security guard.ingat lagi pakcik guard tegur student pasal pakai selipar/sandals.masa tu semua student bengang gila.padahal dikolej memang diharamkan memakai sebarang sandals.

~dipejabat dengan rakan sepejabat dan bos,

Bila dah masuk alam pekerjaan ni macam2 lagi kerenah.dengki khianat makin menjadi2 mengikut sifat dan tahap jaga tepi kain orang seseorang individu.kalau bukan pasal kerja mesti pasal personaliti orang tu.dikutuk.dihina.setengah bos suka dibodek setengah bos suka dibelai.kalau bos marah pekerja kata “eleh tau marah orang ja.dah kena marah dengan bini kt rumah datang opis marah kita pulak”.bila dah kerja semua kena lebih berdikari sendiri.nak harapkan orang lain tolong memang harapan tinggal harapan lah.masing2 akan pentingkan diri sendiri sedaya boleh.huh!tak boleh komen sangat pasal kerja ni.

Sedar umur meningkat dari sehari ke sehari.sedar dulu mak marah sebab sayang.takmau si anak jadi seorang pemalas kelak.sedar dulu cikgu denda sebab nak suruh kita jadi rajin membaca dan berilmu.sedar dulu pakcik guard tegur sebab nak suruh orang yang lebih berdisiplin.sedar dulu bos marah sebab nak suruh kita pandai buat kerja.suka.duka.tawa.sendu.pahit.manis.asam garam sebuah kehidupan.