Thursday, March 25, 2010

kewujudan orang ketiga

topik pagi di hot fm."kewujudan orang ketiga".hangat.kesemua pemanggil mengaku mereka adalah orang ketiga didalam perhubungan.deng!.tiada seorang pun daripada pemanggil merupakan seorang lelaki.memanglah takda sebab mereka yang mentigakan perhubungan.huh!.salah siapakah? perempuan yang tergedik-gedik melayan lelaki tanpa mengetahui latar belakang lelaki tersebut sepenuhnya? atau perempuan yang diyakinkan oleh lelaki bahawa mereka adalah bujang dan mengaku tidak pernah jatuh sayang sebegini sekali sebelum bertemu si perempuan? atau lelaki sudah bosan dengan isteri yang pernah dicintakan suatu ketika dahulu? atau si isteri tidak pandai melayan dan menghias diri untuk sang suami?aduh!.


sampai di opis kaki mula terasa lenguh yang teramat sangat.kaki penat sebelah.boleh tahan jugak memandu kereta automatik ni.tak best langsung.hanya kaki kanan yang berkerja.kaki kiri duduk bergoyangan.mau nanti kaki kanan sahaja yang kuat dan tegap.kalau jalan sibuk tahap semut merah beratur memunggah gula putih,kereta automatik memang berguna.tak guna mengomel.terima kasih banyak dekat kakak sebab sudi kasi pinjam kereta dia sementara kereta takda bateri ni.nak tunggu sampai gaji baru boleh tukar bateri.deng!


sesaat melintasi jalan raya yang agak sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan,"Honn!Honn!Honnnnnnnnn!!!" "Kletuk!Kletak!!Golek!Golek!!".apa tu?.seorang penunggang motorsikal berkuasa agak besar bergolek-golek dua tiga kali.kereta honda jazz di sebelahnya membrek.bas metro meneruskan perjalanan tanpa belas kasihan.hakikatnya memang motorsikal yang salah.tapi apa salahnya bas metro berhenti seketika.kita kan rakyat malaysia.aduh!.nasib motorsikal sangat baik sebab kaki sahaja yang mungkin terluka.pemandu berjalan terjengkat-jengkat membawa motorsikalnya ke kiri jalan.terkejut dengan keaadaan yang baru dilihat di depan mata.


bersama rakan sepejabat dan beberapa orang tax payer memasuki lif.dua saat kemudian, "Dubh!!!".kami berada di tingkat kosong.kosong???????.apakah ini bermakna lif yang kami naiki itu terjatuh ke tingkat paling bawah??.dari tingkat 4 ke bawah?.oh god!.hati kambali berdegup kencang tetapi masih mampu tersenyum mengenangkan seperti menaiki solero di Genting Highlands.5 minit kemudian lif kembali normal.tingkat 2.tingkat 4.tingkat 7.lif berhenti lagi sekali.hati berdebar diselubungi perasaan takut sekiranya lif terjatuh lagi.tingkat 4 pun dah terasa lain macam.apatah lagi tingkat 7.huh!.lif kembali bergerak ke atas.tingkat 12.nekad untuk keluar dari lif yang mendebarkan lagi menyeramkan tu.takpa la naik tangga ke tingkat 14 je pun.kaki sakit tidak dihiraukan janji tak jatuh dalam lif lagi.terkejut lagi.hari-hari terkejut macam ni memang lama-lama jadi penakut la aku ni.


terbaca satu artikel "@#%$^*&%" lalu tersentap noks!

0 kata pelawat: