Thursday, January 22, 2009

baru couple je kot...

hari ini saya habiskan masa dengan membasuh basuh baju yang sebaldi penuh..
dah 3 hari xmembasuh maka penuh la baldi..
makan Oreo wafer rolls yang menjadi favourite saya sejak beberapa minggu yang lalu..
download notes VE..study sikit sebab esok ada quiz..quiz pon setengah jam..oh my god..
2nd week pon dh ade quiz..


dah study 1chapter..fikir baik rileks sekejap sejam dua ke..
ahaha study xsampai sejam dah nk rileks..
bukan ape nanti study lame2 tertidur pulak atas keyboard nih..
terbaca la satu article ni pasal mengongkong dan dikongkong..
huh?
macam menarik je tajuk nih..
then baca dan baca dan terus membaca..
mengenai pasangan yang sedang hangat bercinta kononnya..
tp belom kawin lagi dah macam2 perkara yang nak direport pada pasangannya..
contohnya pegi sana sini kena bgtau..
buat pape pon nak tau..
kalau xdiberi tau mungkin bergado..xbertegur seminggu dua..sebulan mungkin
kalau setakat nak tau pegi kemana dengan sape..saya rase tu logic jugak..
tp kalau sampai pakai baju kaler ape,setiap saat nak tau pasangan tgh buat ape..melampau la kan
kalau mcm tu baik pasang cctv je kt badan partner tuh..damn!!


aduii!!
rumitnya bercinta kalau mcm tu..
pada sesape yang xkesah diperlakukan macam tu oke la kan..
tp sesape yang xtahan diperlakukan sedemikian..macammane pulak??
mungkin pasangan tu just nak tau partner dia ke mana,dimana,dengan sape,buat ape dll..
mungkin juga pasangan tu fikir kalau dia buat mcm tu lagi nmpk caring n loving..
kemungkinan juga pasangan tu kurang kepercayaan kepada partner nya..
banyak kemungkinan dalam melestarikan relationship ni..
tak semua orang tau apa yang kita fikirkan dan ape yang kita cuba sampaikan..
satu persoalan yang seringkali bermain difikiran..
kenapa eh bila couple kaum adam mau kaum hawa menuruti setiap patah yang dikatakannya???


why??
why??
why??


kalau yang logic xpela jugak nak follow kan..
mungkin betol ape yang orang sering katakan yang cinta itu buta..
kalau dh kawin lain cerita la..tp kalau kawin pon mesti bertolak ansur kan..
bukan ke relationship tu sepatutnya memudahkan..memahami pasangan dan bertolak ansur???
xsepatutnya ia jadi menyusahkan pasangan..
kalau menyusahkan confirm xde orang yang nk berpasangan walaupun allah menjadikan kita ni berpasang-pasang..
sepatutnya xpatut timbul isu 'buat ape yang i suruh klw u syg kan i'..'u kena ikut cakap i klw x kte putus'..


pada saya xsalah kalau dh couple pon kita tetap buat apa yang kita buat sebelom bercouple..
contohnya keluar makan dengan kawan2..
berchatting..
karaoke dengan kawan2
jumpa kawan2 yang sekian lama xjumpa..
masing2 ade life masing2..cuma ade batasan sebab ade hati yang nk dijaga
xkan la bila couple or married dh kena buang jauh2 semua tu??
isk isk...


tulisan ini hanyala pandangan saya semata-mata..
kadang2 perempuan yang bersikap sedemikian..mungkin sebab dalam diri die mmg ade sifat queen control..huhu
kadang2 lelaki juga bersikap begitu..mungkin sebab ego yang tinggi..
pape reaksi anda sila gtau eh..

chow.. ;P


16 kata pelawat:

liana said...

Mungkin ese kurang bersetuju dengan artikel ini."Baru couple je kot.." ayat ini menunjukkan anda tidak berpuas hati dengan status itu.Anda harus fahami maksud mengapa anda ingin disayangi.Mengapa seseorang itu ingin menyayangi.Bagi ese, ini adalah satu status paling bawah dalam persediaan menempuh alam dewasa iaitu alam perkahwinan.Perkataan "persediaan" itu membawa maksud anda harus menerima dan bersedia atas segala kemungkinan, dan bukan berfikir mengapa ini xboleh dan itu xboleh seperti yg anda nyatakan dlm artikel anda.Anda harus berfikiran matang dan seharusnya memikirkan persediaan dari segi mental sebelum menghadapi persediaan fizikal(utk bertukar status kepada berkahwin)
bukan nk ckp ape.kdg2,pompuan ni tidak cuba utk menerima ape yg lelaki explain.Bila dah di explain,semua dikatanye xlogic.Mula la berkata dulu boleh buat.Now xboleh buat.sbb itu harus ada bertolak ansur.Klw lelaki berkata tidak boleh.Terima seadanya.Mungkin anda tidak nampak apa yg bakal berlaku.Harus ada persefahaman.kerana mungkin satu hari anda pula yg akan memberitahu lelaki, itu xboleh, ini xboleh.Mungkin anda akan berkata tidak tetapi igt, mungkin juga berlaku tanpa anda sedari.Jaga lah hati pasangan anda.Jangan biarkan anda sendiri yg rugi bila tidak disayangi.Anda harus merasa beruntung ada orang yg menyayangi anda.

ps:ese minta maaf sekiranya adik tidak menerima pendapat ese

Munky itu Hanjeng said...

ehhehehehee..
besalaaaa..orang berkapel neh ada banyak jenis..
rilex2 sudahhh..hehehehe.
nnti aku tulih pasal orang berkapel..
tidak termasuk aku la..hahahaha..

mustno said...

kdg2,pompuan ni tidak cuba utk menerima ape yg lelaki explain.Bila dah di explain,semua dikatanye xlogic.Mula la berkata dulu boleh buat.Now xboleh buat. >>statement ni pon kdg2 lelaki ade jugak yg buat..yg dpt partner queen control mungkin..


Anda harus merasa beruntung ada orang yg menyayangi anda. >>sy setuju dgn statement nih..

pape pon memang kena berfikir secara mendalam dan matang..


rilex2 sudahhh..hehehehe. >>yg nih paling sy suka..

liana said...

istilah queen control tidak harus wujud dlm diri seorang wanita.mengapa ese berkata demikian.Dahulu, ese juga boleh dikatakan dlm golongan tersebut.Tetapi apabila ese sendiri yg kerugian bila org yg disayangi yg pada mulanya bersabar dan akhirnya tidak tahan dengan sikap itu.dan ese juga pernah membaca satu artikel di sebuah majalah yg mengatakan apa salahnya kaum wanita cuba memahami dan menerima lelaki.

"Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…

…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.
Biar saya terangkan.

Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

*Aku tidak menghargai kau lagi*

1. Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2. Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3. Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.."



Lumrah kehidupan sememangnya menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan kita.Kadang-kadang anda dan si dia “OK” dan sometimes “KO”.Setiap pasangan akan lalui detik- detik manis dan pahit masing- masing.Apa yang penting adalah di setiap perhubungan cinta mestilah ikhlas dan sabar.Ese tegaskan disini, “Ikhlas dan sabar”.

iraa bira said...

mcm nieh ja..masalah matang or tk matang tu bukan kita tgk dr segi perhubungan dlm percintaan..kita kena lihat dr sikap dn akal pemikiran seseorg itu sendiri...so tkde kena mengena ng topic yg di buat oleh kikilala sy nieh...

ese,sy kurang setuju dgn kenyataan u yang mengatakan kita kena ikut semua ckp lelaki..ini tk buleh itu tk buleh...berbalek kepada perkataan 'MATANG' yg di sebut awk...lelaki perlu matang juga dlm membuat sgala penyuruhan ataw sbrg yg mereka tk puas hati...
contoh dlm artikal yg ditulis..'bf dia larang dia pakai itu ini,larang kuar makan ng kawan2'..itu ada la kawalan seorang lelaki yg MATANG ke??

memang la mereka berbuat demikian kerana syg..ataw mgkin hanya utk kepentingan sendiri?? mereka lepak ng kwan2 ley plak? sedangkan kita nk g kedai beli gula pun tk bagi??

persediaan utk berkawin?
oh...bercinta mmg utk masa dpn..tp kalau utk persediaan utk kawin..tidak tentu lagi pasangan itu jodoh kita..Allah yg tentukan....

so...conclusion skrg..bercinta ja mcm biasa..bg pasangan baek gf ataw bf...jaga diri sendiri dn jaga hati pasangan masing2....
kalau matang..taw nilai yg mana baek yg mana buruk =)


kila,sy setuju ng awak =)

mustno said...

tenkiu cik irabira ku..
huhu

liana said...

kepada iraa.ese rase adik/cik/puan ira ni dah salah faham dgn statement ese.Disini ese boldkan balik ape yg ditulis oleh ese.

"Baru couple je kot.." ayat ini menunjukkan anda tidak berpuas hati dengan status itu.Anda harus fahami maksud mengapa anda ingin disayangi.Mengapa seseorang itu ingin menyayangi.
Anda harus berfikiran matang dan seharusnya memikirkan persediaan dari segi mental sebelum menghadapi persediaan fizikal(utk bertukar status kepada berkahwin)

ese bermaksud kedua2 pihak iaitu lelaki dan perempuan.utk pengetahuan adik/cik/puan ira matang tidak terletak pada fikiran sahaja.tetapi ia menjadi tunjang kepada perbuatan atau pertuturan.

berkenaan dengan statement adik/cik/puan ira
persediaan utk berkawin?
oh...bercinta mmg utk masa dpn..tp kalau utk persediaan utk kawin..tidak tentu lagi pasangan itu jodoh kita..Allah yg tentukan....
- bg ese.statement ini menunjukkan cinta tersebut masih di alam percintaan remaja/monyet.

ese berkata mengapa ia adalah satu persediaan.kerana ia bermula dari satu usaha yg penuh kesabaran, dititip dengan doa yg tidak pernah putus dan disusuli dengan tawakal kepada Allah Yg Maha Esa.Oleh kerana itu ese mengatakan ia sbgai satu persediaan.Cuba anda bayangkan.disebelah pihak,cukup bersabar dan mungkin berkecil hati dlm menegur segala kesilapan anda kerana dia ingin menjadikan dan mendidik anda sebagai bakal suami/isteri,tetapi dipihak anda,anda tidak menghiraukan walau sekelumit/secalit teguran yg diberikan.Apakah perasaan anda sekiranya anda dipihak yg bersabar?Adakah anda sanggup melukakan hatinya secara berterusan? tanpa ada usaha dari anda?

ese faham, sbg seorang wanita, perasaan tidak puas hati tetap ada sekiranya sesuatu perkara yg diperkatakan akan berpihak kepada kaum lelaki,tetapi berapa ramai
yg betul2 berfikir apakah yg betul2 diperlukan seorang lelaki.

liana said...

Kepada adik/cik/puan ira.
ese,sy kurang setuju dgn kenyataan u yang mengatakan kita kena ikut semua ckp lelaki..ini tk buleh itu tk buleh...

mengenai statement tersebut,ese tidak menyatakan yg kena ikut semua ckp lelaki..
kdg2,pompuan ni tidak cuba utk menerima ape yg lelaki explain.Bila dah di explain,semua dikatanye xlogic.Mula la berkata dulu boleh buat.Now xboleh buat.sbb itu harus ada bertolak ansur. ese tegaskan HARUS ada bertolak ansur

ps: perkataan "ese" bukanlah nama,tetapi ia membawa maksud bg perkataan "saya" ;)

iraa bira said...

liana nieh..mgkin stiap pendapat semua org tak sama..
mgkin pendapat awk terlalu la serius..
tajuk pun kita dh ley paham 'baru couple ja kut'..
dia tnjuk pada sesetengah couple yg perangai camtuh..

yg liana nieh dok ckp bercinta mcm kena pk 100%..mmg kita kena setia.tp jangan pk benda itu terlalu serius..

kerjaya,pelajaran keluarga itu lebih penting..
kalau kita asik ikut kata mereka..kawin pun tak..nk jdi gila ka?



---->berkenaan dengan statement adik/cik/puan ira
persediaan utk berkawin?
oh...bercinta mmg utk masa dpn..tp kalau utk persediaan utk kawin..tidak tentu lagi pasangan itu jodoh kita..Allah yg tentukan.... - bg ese.statement ini menunjukkan cinta tersebut masih di alam percintaan remaja/monyet.


awk nieh tk paham la...sy ckp..jodoh itu di tangan tuhan..saya rasa awak nieh jenis perempuan yg sgt mendambakan cinta..omg..
kita kena relax dlm bercinta..be matured..mmg kita bercinta spt kita merancang..jodoh di tgn Nya...itu bukan cinta monyet nama nye...kalau cinta manusia camne? cinta cam nk mati..ikut kata mereka..then tkde jodoh? ley bunuh diri babe!..relax2 sudah..buat terbaek..mcm sy ckp aritu...pk mana buruk mana baek..datz it..


--->ese bermaksud kedua2 pihak iaitu lelaki dan perempuan.utk pengetahuan adik/cik/puan ira matang tidak terletak pada fikiran sahaja.tetapi ia menjadi tunjang kepada perbuatan atau pertuturan.

ha..kan sy ckp cmtu..melalui perbuatan..awak tk ckp pun sebelum nieh..bila sy coment baru awk ckp kan? awk sibuk ckp matang dlm bercinta..adoii..sy dh 24 ok..totally matang..dn sy taw percintaan dlm unsur islam jugak pada remaja zaman sekarg..kita jgn terlalu sgt ikut ckp mereka..ya ampun..jgn terlalu..
awk kena baca balek semua yg kawan sy tu tulis...ada kah awk setuju dgn semua tuh? dn awk sbgai wanita seperti kami rela dilakukan seperti itu? kita perempuan zaman y4k k..bukan zaman jahiliah.

--->ese berkata mengapa ia adalah satu persediaan.kerana ia bermula dari satu usaha yg penuh kesabaran, dititip dengan doa yg tidak pernah putus dan disusuli dengan tawakal kepada Allah Yg Maha Esa.Oleh kerana itu ese mengatakan ia sbgai satu persediaan.Cuba anda bayangkan.disebelah pihak,cukup bersabar dan mungkin berkecil hati dlm menegur segala kesilapan anda kerana dia ingin menjadikan dan mendidik anda sebagai bakal suami/isteri,tetapi dipihak anda,anda tidak menghiraukan walau sekelumit/secalit teguran yg diberikan.Apakah perasaan anda sekiranya anda dipihak yg bersabar?Adakah anda sanggup melukakan hatinya secara berterusan? tanpa ada usaha dari anda?

sy ckp dari segi kita sebagai wanita..kalau kita ja yg asyik bersabar...mana ley!! mana kah sikap 'giv n take' dlm sesuatu perhubungan? awk baru terangkan skrg bnda nieh awk tujukan utk lelaki baekpun wanita...sebelum nieh ckp laen.

--->Kepada adik/cik/puan ira.
ese,sy kurang setuju dgn kenyataan u yang mengatakan kita kena ikut semua ckp lelaki..ini tk buleh itu tk buleh...

mengenai statement tersebut,ese tidak menyatakan yg kena ikut semua ckp lelaki..
kdg2,pompuan ni tidak cuba utk menerima ape yg lelaki explain.Bila dah di explain,semua dikatanye xlogic.Mula la berkata dulu boleh buat.Now xboleh buat.sbb itu harus ada bertolak ansur. ese tegaskan HARUS ada bertolak ansur


awk tk baca ke sy tulis ape? -->so...conclusion skrg..bercinta ja mcm biasa..bg pasangan baek gf ataw bf...jaga diri sendiri dn jaga hati pasangan masing2....
kalau matang..taw nilai yg mana baek yg mana buruk =)

---->ese faham, sbg seorang wanita, perasaan tidak puas hati tetap ada sekiranya sesuatu perkara yg diperkatakan akan berpihak kepada kaum lelaki,tetapi berapa ramai
yg betul2 berfikir apakah yg betul2 diperlukan seorang lelaki.

sy nk tnye awk...adakah awk sebagai wanita paham ataw betul2 berpikir apa yg diperlukan seorg wanita?
--->jwpan nye satu ja...=hormat! =)

sori saya tktaw ese tu saya!..ckp sy kan senang..

malas nk berbalah kan sini..cuma nk ckp..masing2 ade pendapat sendiri k..tp awk kena ingat kita sbgai wanita juga ade kebebasan utk bertindak sbaik mungkin..dn ingin kan terbaek dlm setiap perkara..

.pk pakai akal,jgn otak.. =)

liana said...

ese ade beberapa soalan utk adik/cik ira.
1.Adakah kita sendiri yg menentukan diri sendiri matang?
2.Adakah hormat mencukupi sekiranya lelaki tidak dihargai?
3.Adakah betul apa yg anda inginkan "kebebasan"?
4.Adakah di zaman "y4k" anda perlu berubah mengikut zaman sedangkan anda mengikut trend luar? bukankah agama itu penting?

ps: tentang statement ini "sy ckp dari segi kita sebagai wanita..kalau kita ja yg asyik bersabar...mana ley!! mana kah sikap 'giv n take' dlm sesuatu perhubungan? awk baru terangkan skrg bnda nieh awk tujukan utk lelaki baekpun wanita...sebelum nieh ckp laen." - adakah ese tidak menyatakan Bertolak Ansur? sbb itu fahami dulu sebelum membantah ;) jgn jadikan diri ini malas utk berfikir dan memahami. Anda sendiri yg mengatakan fikir pakai akal,jgn otak :) bg ese fikir guna akal, dan otak digunakan bagi mengawal nafsu. Adik/cik/puan ira tentu tahu apa yg tertulis dlm Al-Quran. perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. melihat melalui mata, berfikir menggunakan otak, bertindak mengikut akal tanpa dikawal nafsu. :)

"awk nieh tk paham la...sy ckp..jodoh itu di tangan tuhan..saya rasa awak nieh jenis perempuan yg sgt mendambakan cinta..omg..
kita kena relax dlm bercinta..be matured..mmg kita bercinta spt kita merancang..jodoh di tgn Nya...itu bukan cinta monyet nama nye...kalau cinta manusia camne? cinta cam nk mati..ikut kata mereka..then tkde jodoh? ley bunuh diri babe!..relax2 sudah..buat terbaek..mcm sy ckp aritu...pk mana buruk mana baek..datz it.."
berkaitan dengan ini pula adakah anda faham apa yg ese katakan sebagai TAWAKAL :)

ese bukan mahu berbalah tetapi ese memberi pendapat.Jika adik/cik/puan ira nk tahu.Ya, ese seorang yg mendambakan cinta YG Maha Esa.

Munky itu Hanjeng said...

huyoooooooooooooooooooooooo!!!
neh dah jadi debat diraja neh..hehehehehe..
neh apa kes sebenarnya neh..aku pon dah kompius..
lelaki neh senang ja..kami simple lagi pimple..
a simple "i love you" every morning will make our day..believe me..XD
dah dah..jangan gaduh..XD

iraa bira said...

=)...memang itu yg sy ingin smpai kan...senang ja bercinta..jgn fokus sgt..buat biasa ja...janji taw jaga hati masing2..thankz mungky =)

Nadia Rahman said...

adehhhhh....
mmg mcm dewan parlimen..
adoyaii...
live life cool la babe..!!!
easy life lagi senang kannn????
kene serabut gak eeyyhh??

mustno said...

ahli dewan sila duduk..
ahahaha..
kami budak2 yg cool saja..
kami budak yg simple saja..
kami budak2 yg tidak sukakan sikap queen control and king control..
kami adalah kami

iraa bira said...

YEZZAAAAAAA...hidup kami! hahaa

Anonymous said...

ape kes nie?